Langkah Mengatasi Banjir

Salam...Sejuk betul hari nie..Hujan lebat sepanjang minggu nie menyebabkan paras air sungai meningkat di Sungai Perak..Antara kawasan kampong gajah yang ditenggelami air ialah Di Kampung Bandar Tua...Em..kawasan lain yang tak ade kat sini..selamat lah...Ok lah..langkah-langkah untuk mengatasi banjir..ape yang patut kita lakukan??

http://www.deplujunior.org/assets/images/070330_sekolah%20dilibatkan%20pantau%20banjir.jpg

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

  1. Hujan yang berterusan.
  2. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

  3. Proses pembandaran.
  4. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

    Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

  5. Hakisan sungai.
  6. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

    Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

    Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.

    Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

  7. Hutan tadahan.
  8. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

    Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

  9. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

  1. Kemusnahan Tanam-tanaman
  2. Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

  3. Kemusnahan Harta Benda
  4. Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

  5. Penyakit
  6. Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

  7. Kematian
  8. Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

  9. Kerugian Kerajaan
  10. Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.

    Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

Cerita Karut Orang Putih 2012 - Gambaran Hari Kiamat

Cerita Karut Orang Putih 2012 Sendirian Berhad telah membuat satu cerite tentang gambaran hari kiamat 2012.. Betul ke?? Atau memang orang putih saje je nak buat cerita..ala..faham2 je orang outih nie dah terlampau kaji sangat sampai boleh buat cerita macam nie.. Oklah..Tapi ade jugak yang mengatakan ade meteor jatuh pada 2012.. Itu pun tak pasti..Hanya Allah sahaja yang mengetahui..



Cerita ini Hafez ambil dari Presiden Intitut Kajian Angkasa Malaysia , IKAM - Norul Ridzuan. Ini jawapannya.
Tapi tak pasti...

Sebab, memang berlaku perubahan orbit planet Marikh sehingga seolah-oleh kelihatan planet Marikh mengorbit pada arah bertentangan. Tetapi itu memang fenomena astronomi Marikh yang sudah dirakam oleh ahli-ahli astronomi yang menyatakan bahawa pada satu-satu masa memang berlaku suatu fenomena ke atas orbit Marikh sehingga ia kelihatan mengorbit pada arah bertentangan.

Kemungkinan besar memang terdapat suatu planet atau beberapa planet dengan jisim yang besar mengorbit mengelilingi Matahari ataupun Sistem Suria dan sebuah lagi sistem planet lain berkongsi suatu pusat putaran. Jika ini berlaku, dan laluan objek berkenaan cukup hampir dengan Bumi, memang boleh berlaku perubahan besar pada satah putaran Bumi sehingga menterbalikkan kutub. Planet yang mungkin sudah mengalami kejadian ini adalah planet Uranus, sebab satah putarannya hampir bersudut tepat dengan satah putaran Sistem Suria. Sepatutnya satah putaran Uranus hampir searas dengan satah putaran Sistem Suria, macam planet-planet lain dalam Sistem Suria. Kemungkinan penyebabnya, adalah laluan sebuah objek yang berjisim besar hampir dengan Uranus. Jika ini berlaku pada Bumi, negara-negara yang hampir dengan khatulistiwa akan berada di kutub, dan kutub utara dan selatan akan berada di khatulistiwa, menyebabkan banjir besar.

Planet merah boleh berlaku disebabkan tindakan geothermal melampau dalam planet itu disebabkan pengaruh tarikan graviti dari jisim yang besar objek yang lalu berhampiran planet itu, terutamanya jika planet itu cukup besar macam Jupiter. Mataharipun boleh bertukar menjadi "gergasi merah" (red giant) lebih cepat dari sepatutnya akibat gangguan melampau ke atas tindakbalas nuklear dalamnya disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti jisim yang besar.

Tapi kalau mana-mana perkara ini berlaku, kehidupan di Bumi akan pupus terlebih dahulu. Tidak ada manusia yang akan selamat untuk menyaksikan kejadian ini.

Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...
mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Flare di Matahari

untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

wallahu'alam bi sawab....

dalam satu program halaqah kat tv9 pernah membicarakan isu kiamat - tak silap sy apa tajuk tanda2 kiamat or seangkatan dengannya...tp tahun nie gak..sila rujuk laman web tv9 utk tgk siri ni dgn lebih mendalam...

menurut Dr Daniel, seorg ahli panel..katanya dalam satu hadis sahih mengatakan ahawa terdapat satu tasik di mana apabila tasik ini kering maka dajjal or yakjuj makjuj akan keluar..saya tak berapa igtlaa...tasik ini terletak setelah dibuat kajian ianya terletak di Israel dan menjadi sumber air bg mereka, namun tasik ini dikatakan akan kering pada akhir tahun ini. ini antara sbb utama Israel melancarkan serangan beramati2an bg mencari tapak baru di samoing sumber air yg baru bg penduduknya...

Dr DAniel juga ada mmberitahu bahawa..ingatlah manusia, bumi sudah bergegar memberi peringatan kepada kita, sujudlah, kembalilah kepada Allah SWT...sesungguhnya kiter benar2 di akhir zaman.

peristiwa ni mengingatkan kiter pada bencana di Bukit Antarabangsa yang berlaku baru2 ini kat tanah Air kita...mungkinkah kita masih alpa setelah pelbagai bencana alam telah diturunkan bagi memberi peringatan, tapi kita masih tidak mengendahnkannya..

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 2009

Salam semua..minta maaf sebab tak dapat ajak rakan-rakan blog hafez datang ke Jamuan Akhir Tahun...Coz nie untuk form3 je..hehehe..sory.. Alhamdulillah..kenyang perut..Hari nie hafez sarapan kuih je..hafez sabar..hafez nak tunggu makan jamuan..hehehe..aduh..Tunggu punye lame dah nak dekat balik..baru makan.. dalam 1.40 petang.. Tapi hafez sabar jugak.. Mase aktiviti pagi..kita orang buat ais krim...Ya Allah..Pergh..sedap! Sampai menjilat bekas ais krim tu..hehehe...Tahu tak! Hafez buat sendiri ais krim tu..guna bahan2 yang cikgu sediakan..Em..korang nak tahu cam mana nak buat ais krim? Senang..Ini ais krim tanpa meyimpan dipeti ais yang selalu korang buat kat rumah..ini tak payah nak guna peti ais...ini guna ais ketul je...Oklah..Bahan2 yang perlu korang sediakan...Air Dutch Lady perisa strawberi atau coklat..Kalu tak ade air dutch lady..gune air sirap atau air yang korang rase macam sedap untuk korang buat ais krim...taruh je..hehehe..pastu..kene ade ais ketul, Garam, Plastik kedap udara...saiz besar dan saiz kecil..Kertas aluminium..er..hafez tak tahu sgt nama bende nie...Tapi selalu orang gune untuk balut makanan untuk dibakar dalam ketuhar.. Pastu tuala. Ok..mula2..korang isi air dutch lady perisa strawberi dalam plastik kedap udara bersaiz kecil..pastu korang isi ais ketul dalam plastik kedap udara bersaiz besar dan letakkan garam...Tau tak..apa gune garam kalu letak dalam ais?? Ah..nie untuk memastikan suhu Ais Kekal sejuk. Ingat! Suhu ais bukan meningkat..tapi menurun.. Meningkat untuk air panas... Ok..dah letak garam dalam ais..pastu..letakkan air duct lady tadi dalam plastik yang ade ketullan ais tadi..Dah letak..pastu balut dengan kertas aluminium tadi..Pastu..tutup dengan kain tuala dan lilitkan..dah tutup bungkusan tadi..bolehlah goncang sampai termercik ke muka orang lain..hehehe..oklah..dah goncang samapi 150 kali?? Bolehlah tengok hasilnye..dah jadi ais krim dutch lady berperisa strawberi..bolehlah nikmati bersama guru2 sains..hehehe.. Best buat eksperimen ais krim nie...Oklah..nak sambung cerite pasal jamuan..dah duduk dalam dewan...kemas2 jap..susun meja.. dalam pukul 12 tengah hari..baru Ustazah guru kelas hafez datang bawak makanan..alah..biasa je..nasi goreng cina..Pastu..pukul 1.20 plak..datang makayah kawan hafez nie bawak makanan yang paling mahal...Pizza..Uh..tak sangka..tahun nie special sekit..makan-makanan orang barat..hehehe.. Alhamdulillah..Majlis Jamuan nie berakhir dengan sempurna bersama-sama guru..






100_8634.JPG

100_8658.JPG

Enakmen Jenayah Syariah Perak

MAKSIAT TIADA UMMAH SEJAHTERA


Seksyen
1. Tajuk ringkas dan pemakaian.
Seksyen 2. Tafsiran.
Seksyen 3. Kecualian hak-hak prerogatif.

BAHAGIAN II - PENGECUALIAN AM

Seksyen 4. Perbuatan kanak-kanak yang belum akil baligh.
Seksyen 5. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal.
Seksyen 6. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dijustifikasikan oleh undang-undang.
Seksyen 7. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh kerana ugutan.

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN AQIDAH

Seksyen 8. Pemujaan.
Seksyen 9. Ajaran atau amalan salah.
Seksyen 10. Dakyah agama, dll.
Seksyen 11. Dakwaan Palsu.
Seksyen 12. Mendakwa bukan Islam.

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA

Seksyen 13. Perbuatan atau perkataan murtad.
Seksyen 14. Mencela, menghina dsb., Agama Islam.
Seksyen 15. Mempersenda dsb., ayat al-Ouran atau Hadith.
Seksyen 16. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Seksyen 17. Mengeji atau menghina undang-undang.
Seksyen 18. Ingkar perintah Mahkamah.
Seksyen 19. Hasutan meninggalkan kewajipan agama.
Seksyen 20. Ingkar perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Seksyen 21. Pendapat berlawanan dengan fatwa.
Seksyen 22. Penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syara'.
Seksyen 23. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.
Seksyen 24. Tidak menghormati Ramadhan.
Seksyen 25. Tidak membayar zakat atau fitrah.
Seksyen 26. Berjudi.

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Seksyen 27. Memberi keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.
Seksyen 28. Takfir.
Seksyen 29. Menggalak maksiat.
Seksyen 30. Melarikan perempuan bersuami atau menghalang suami isteri daripada duduk bersama.
Seksyen 31. Menghasut perempuan bersuami atau lelaki beristeri supaya bercerai atau ingkar.
Seksyen 32. Melarikan perempuan.
Seksyen 33. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 34. Anak dara lari daripada jagaan.
Seksyen 35. Mengganggu perhimpunan atau upacara agama.
Seksyen 36. Membinasa atau mencemar tempat ibadat.
Seksyen 37. Kata-kata yang boleh memecah keamanan.
Seksyen 38. Mendirikan masjid tanpa kebenaran.
Seksyen 39. Kerahsiaan.
Seksyen 40. Membayar zakat atau fitrah secara tak sah.
Seksyen 41. Memungut zakat atau fitrah secara tak sah.
Seksyen 42. Amil tidak menyerah pungutan.
Seksyen 43. Pungutan tanpa kebenaran.
Seksyen 44. Salahguna harta Baitulmal, dsb.

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI

Seksyen 45. Perhubungan muabbad dan ghairu muabbad.
Seksyen 46. Melacurkan diri.
Seksyen 47. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 48. Persetubuhan haram.
Seksyen 49. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 50. Hamil luar nikah.
Seksyen 51. Bersekedudukan.
Seksyen 52. Qazaf.
Seksyen 53. Musahaqah.
Seksyen 54. Khalwat.
Seksyen 55. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 56. Mendedahkan tubuh, di tempat awam.
Seksyen 57. Perbuatan tak sopan.
Seksyen 58. Mengacau.
Seksyen 59. Minuman yang memabukkan.
Seksyen 60. Membuat, menjual dsb., minuman yang memabukkan.

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM

Seksyen 61. Menyubahati sesuatu perkara.
Seksyen 62. Menyubahati dalam Negeri kesalahan di luar Negeri.
Seksyen 63. Hukuman bagi pensubahatan.
Seksyen 64. Tanggungjawab pensubahat bila perbuatan yang lain dilakukan.
Seksyen 65. Percubaan melakukan kesalahan.
Seksyen 66. Kesalahan yang tidak ditetapkan atau yang baginya tidak diperuntukkan hukuman.
Seksyen 67. Sanksi dan kebenaran mendakwa.
Seksyen 68. Pemansuhan.

Jauhilah diri anda dari aktiviti maksiat

Gejala Rasuah Mesti Dihapuskan - Pelajar Sekolah Mesti DiDidik

Rasuah yang kini sering digunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah. Hanya memberikan duit dengan jumlah yang banyak..penerimanye..tak sampai hati nak menolak.. Salam semua..hafez baru dengar berita kat radio..pelajar sekolah mesti dididik dari awal sekolah..zaman sekarang nie..orang dah tak kisah...duit saje yang dapat menyelesaikan masalah.. Itulah..tengok kat Internet..ramai sangat dah orang dah terjebak ngan rasuah.. Sampai nak selesaikan projek pun nak rasuah..ape punye kes nie?? Ok lah..mari kite sama sama ambil berkat dan ambil pengetahuan tentang apa itu rasuah dalam agama..

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya.



Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.



Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum.



Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.



Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188)


PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.


KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.


2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.


3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.


4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Dah Daftar Ke Blum?

Dah 1 bulan merdeka...itu lah ungkapan yang sering dikatakan oleh pelajar sekolah terutamanye pelajar yang baru habis menghadapi peperiksaan akhir tahun dan PmR. Tapi..untuk pelajar pmr.. merdeka kerana Pmr tak ade gunenye kalau duk rehat je..sampai bila pun tak akan senang..yelah..dah habis periksa.. habis huru hara dibuatnye kat sekolah..mane tak senang... Nasib bukan kelas hafez..hehe..jangan marah ye bro.. Oklah.. Pasal tajuk Hafez pada ari nie..Dah daftar ke? Daftar ape? Ok lah..post nie khas untuk pelajar..tapi kalu u all nak tahu pun tak pe.. Dah daftar ke sekolah teknik, Mrsm, SBP dengan kemasukkan pejalar ke form 4? Kalu dah daftar..elok lah..sebabnye..kalu dah last minute baru nak daftar..tak ke dibuat nye internet server tak dapat masuk ke..mane la tahu...ikut korang punye pilihanlah.

Free Tune Up Utilities 2009 Keygen

http://a.imagehost.org/0853/TuneUpUtilities2009screenshot.jpg

http://i27.tinypic.com/2roqpn9.jpg

41D3RX-8DK87Q-AH977W-J59ADH-T58V3M-WY50A0

0RPX8K-XJX656-02PM8N-AE52RA-D5F66F-0YENN4

H8QNX2-4DN3HV-6TXTJC-BEKC4D-MV9Y64-KXWP39

0FXA0H-0M65W7-QNBWR3-06W18H-03HTP2-8VHHVT

2XBW51-CEWX5Y-P18729-QP7KNW-VANTRE-C065XD

Selamat Hari Raya AidilFitri

Assalammualaikum semua..sihat k? Pejam celik..raye pun dah nak dekat..esok.. Maaf lah tak sempat nak postkan awal-awal..sebabnye buszy.. Sory jugak kepada rakan-rakan sebab tak dapat balas comment cepat..

[pelita_raya.jpg]

Sempena Hari Raye yang bakal tiba..Hafez sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AiilFitri.. Hafez juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali hafez di Internet nie..Dan semoga rakan-rakan sentiasa diberkati Allah.. Datang le ke rumah..Hehee.. Tahu ke Alamatnye? Tak pe.. Hafez cadang nye nak buat cerite best sempena hari raye nie..Tapi apakan daya..masa tak mengizinkan..Rakan-rakan perasankan..Hafez baru je tukar tempelet.. Link kawan-kawan nanti hafez letakkan.. Oklah..hafez nak tolong masak rendang..lemang beli je kat kedai..Selamat Beraye..Selamat Balik kampung..hati-hati pandu kereta..

Ramadhan Bulan Yang Mulia

Assalammualaikum rakan-rakan blog. Dah lame Hafez tak online..Minta maaf ye sebab bulan puasa nie banyak aktiviti yang kita lakukan..apa aktivitinye? Em..Ok..Mari kita fahamkan dan ketahui apa itu puasa dan apa kelebihannye..sebelum tu..Hafez nak Ucapkan selamat Berpuasa..

http://1.bp.blogspot.com/_d7YtTnOyBjs/Rua2sjv2WfI/AAAAAAAAADc/3eEdUi-9FXU/s400/Selamat+Menyambut+Ramadhan.jpg
Maksud puasa:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

http://ibucemerlang.files.wordpress.com/2006/12/baby_eat_melon1.jpg

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.


SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.



Award Lagi!! Dari Daus.

Award dari Daus..sempena hari kemerdekaan yang ke 52.. Apa tema tahun nie ye??
Em..hafez pun tak tahu..tak pe lah...


ANUGERAH BINTANG BLOGGER


Malaysia Merdeka+Daus Entertainment

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia!!


1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJATA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - 2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Selamat Menyambuat Bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke 52!

Sejarah dan Kita



Hari nie hafez nak bagi soalan..
siapa yang dapat jawab..orang tu lah yang paling pandai lah dalam bab sejarah negara kita..

SOALAN 1: Siapakah yang mengistiharkan tarikh kemerdekaan?

SOALAN 2: Dimanakah tempat pengistiharaan diadakan?

SOALAN 3: Berapa kali laungngan Merdeka! pada 31 Ogos 1957?

Jawab..jangan tak jawab..

http://suzila.files.wordpress.com/2008/09/malaysia-bendera-jalur-gemilang.jpg


Free Insaniquarium Game FULL

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/7/70/Insaniquarium_titleScreen.jpg


DOWNLAOD HERE>

Kawalan Jangkitan (H1N1)




1.Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi
• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.

http://www.esljunction.com/esl-efl-flashcards/weather-flashcards/big/cold.gif

Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari
pulih.


6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Penig bila berdiri.
8. Kurang kencing.

http://bluedicko.files.wordpress.com/2008/12/batuk-tbc.jpg


Free Red Cross Emergency Response Unit Game FULL

>